Blogger Backgrounds

Saturday, May 30, 2009

jejalan kat tanjung piai....

praktikel time mmg tensen & mmbosankan....so untuk ilang kan tensen kite org de p kat taman negare tanjung piai....walaupun x taw jalan ktorg redah je...huhuhu..... sedikit pengenalan untuk taman negara tanjung piai.....

Tanjung Piai merupakan kawasan semulajadi yang dilindungi di mana bumi, laut, tumbuhan dan haiwan wujud dalam harmoni, tanpa gangguan manusia. Taman ini menjadi tempat kediaman pelbagai jenis spesis unggas dan hidupan paya bakau yang lain seperti ketam nipah, ikan tembakul serta kera pemangsa ketam.

Terletak 90 km ke selatan pusat bandar Johor Bahru, Tanjung Piai juga merupakan Taman Negara yang membolehkan para pelawat memerhati hidupan liar di paya bakau di dalam habitat semulajadinya.

Bayaran masuk adalah RM3.00 bagi warga Malaysia dan RM5.00 bagi pelancong asing. Bayaran masuk boleh dibayar di kompleks pelawat Tanjung Piai.

Laluan-laluan khas telah dibina melalui hutan paya bakau ini agar pelawat boleh menikmati pemandangan paya bakau dengan selesa. Taman yang aman tenteram ini juga telah menjadi salah sebuah destinasi perkhemahan yang popular sejak beberapa tahun yang lalu.

antare gambar2 yg sempat kami pick kat sane.......

penyambut tetamu tanjung piai....

huhuhuhu....best giler kat cni.....

nak tulis pe ek.....huhuhu...

best friends 4ever....

kami dah berjaye sampai ke snini...anda bile lagi???...

huhuhu.....gabungan alam dan manusia....

kat tiang pon jadi.....

kenangan semester 3............utm skudai

semester ke-3 aku di utm skudai.......still lagi bersama sahabat2 karibku....oyin,zana&ija....dan juga bsama rakan2 yg lain sperti lily,zul,reza etc.......banyak yg dilalui sperti di fakulti,kolej dan ketike meronggeng d luar...hehhe....


jelitawan scs time bbq kat tepi tasik......huhuhu dunia scs yg gempakkk gilerr.... ~fida~k.laila~ct~k.aini~jijah~ikin~ malam permate k9 & k10.... wit ija.... giler santai.....ngan ain chenonet...huhuhu kat pusat sains sgpure....xde lah best sgt...malaysia lg best.... mmandang ke langit....wlupun xde pape pon kat atas sane...huhuhu

kat bahagian atas merlion.......

propaganda kondem rezza...hahhaha....

gadis jelite......huhuhu...

kat muzium sultan abu bakar.....santai beb...tulang boye kat bawah tu.....

cube teke mane kaki sayerr.....

sume yg tlibat ngan lawatan ke muzium sultan abu bakar...jb....

best time ni......

Thursday, May 28, 2009

aDaKaH DiE MeNcInTaI KiTe.........

ADAKAH DIA YG MCINTAI KITA? SAMA-SAMA KITA RENUNGI DAN..... APAKAH AKAN KITA TEMUI ORANG YG SEBEGINI??...

  • Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

  • Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

  • Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

  • Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

  • Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'GD MORNING', 'selamat hari minggu', 'GD NITE', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

  • Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

  • Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.

  • Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

  • Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

  • Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

  • Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.

  • Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

  • Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

  • Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

  • Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh

  • dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, dekat dihati?'

  • Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

  • Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

  • Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

  • Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

  • Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

  • Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

  • Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

  • Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.


"Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut.. kamu akan menyesal melakukannya seperti sy......sesalan yg xberpehujung..."

Tuesday, May 26, 2009

kenangan terindah sem 2........utm skudai

Semester ke-2 aku di utm skudai.......banyak yang berubah kini....
avin & ejat dah xbersame aku dan yang lain dlm menempuhi liku2 sebagai mahasiswi utm.....tinggal kami berempat aku,oyin,zana & ija.....dlm kesibukan menjalani liku2 tsebut kami tetap hepi2 je....maklum kate ppatah omputih...
"just make it simple don't make it complicated...."



1 of our faberet spot 4 mlantak
restoren wahida kat area sri pu3



ngah bershopping baju raye kat angsana


gadis2 jelite la kononnn...huhuhuhu

huhuhu...lepas angsana ke jusco tebrau...
shopping raye yg tlampau


wit lily.....time bukak pose


time ni ngah xcited giler nak bkayak....
bis2 je class terus tukar baju nak p tasik...

time ejat betunang....slamat berbahgia jat...

biler lah agaknyerrr...hehhhe....


time kenduri kawin kat umah best fren ija& zana...
aku ngan oyin datang makan je...hahhha...............

Add Imageeja & oyin...de pape ke nihhhh.....hahha

bersama raja n ratu sehariiii......

time ni kite org p konvo aidid..
congratulation aidid....

huhuhu...kberiaan yg terserlah.....

huhuhu....wit aidid & ija......

aktiviti rutin...makan time...
time ni kat damai..oyin yang blanje.....huhuhu

class mate aku.....tp xsume dtg.....
time ni last class bi b4 final exam.....

mungkin benar kata orang setiap yang berlaku ada hikmahnya.....setiap yang berlaku ade sebab dan alasannya...avin dah pun berjaya dalam kerjayanya begitu juga dengan ejat bahgia dengan kehidupannya....kami masih lagi di utm...menimba ilmu tidak pernah abis....apa yang penting kita perlu tabah dalam menghadapi setiap yang mendatang tak perlu takut kerana yang berlaku datang dari ketentuannya.......





mlupakan lebih baik dari mengingati........

Biasa la bila bercinta semuanya indah… Memang tak dapat lupakan si Dia. Makan ingatkan si Dia, tidur ingatkan si Dia, mandi ingatkan si Dia… Boleh kata dalam apa jua hal pun memang teringatkan si Dia la.

Tapi masalahnya bila dah putus cinta pun masih ingatkan si Dia. Susah nih… Jadi di sini ada sedikit tips kepada aku dan sesiapa yang ingin lupakan si Dia.

Terima Hakikat
Pertama sekali and perlu menerima hakikat si-Dia anda bukan lagi milik anda. Anda perlu belajar untuk menerima kenyataan bahawa pertemuan akan berakhir dengan perpisahan dan perpisahan adalah permulaan kepada pertemuan.

Melarikan diri
Siapa kata melarikan diri tidak menyelesaikan masalah ? Memang melarikan diri tidak akan menyelesaikan masalah tetapi ia dapat mengurangkan tekanan anda. Cuba anda pergi ke satu tempat yang agar jauh dari tempat anda dan rehatkan minda anda. Tapi jangan la buat kerja gila dengan pergi ke tempat anda date dengan si-Dia anda.

Luahkan perasaan anda
Emmm luahkan perasaan anda kepada sahabat karib anda. Mungkin dia tidak banyak membantu tetapi sekurang-kurangnya dengan meluahkan perasaan anda akan dapat menghilangkan tekanan anda.

Anda pula dengar luahan mereka
Apabila anda mendengar luahan rakan anda sekurang-kurangnya anda tahu bahawa anda bukan seorang sahaja menerima nasib yang teruk .

Ingat dekat orang lain
Masih tak dapat lupakan si Dia? Urghhh susah nie. Macam nie la kalau masih teringatkan si Dia kenapa anda tak cuba ingat dekat orang lain… Ahli keluarga ke, artis ke, idola ke, tapi kalau boleh jangan cuba untuk teringatkan kawan sejantina anda… Bahaya tu karang jadi lain lak.

Buang jer hadiah tu
Bunga ke… Jam ke… Penanda buku ke… Novel ke… Anda buang sahaja hadiah tu… Mungkin ia seperti anda tidak menghargainya namun itulah yang terbaik. Atau anda pulangkan kembali hadiah itu kepada si Dia. Walaubagaimanapun jangan jual hadiah itu kerana anda seperti menghina pemberian si Dia. Dan satu lagi kalau si-Dia bagi anda hadiah seperti rantai emas berjumlah RM5000 saya rasa takyah laa buang hadiah tu.

Berdoa & Bertawakal
Ini adalah solution yang terbaik dan potion bagi segala-galanya. Berdoa lah kepada-Nya agar diberi kekuatkan jiwa dalam menghadapi dugaan dalam kehidupan dan diberikan pasangan yang serasi....insyaallah....




kau bukan miliku..................



Kau bukan milikku, dah ku tahu segalanya…

Namun hati ini dah terukir namamu…

Mana mungkin aku mampu hapuskan

Ukiran namamu dihatiku…

Pedihnya sekadar menjadi penyinta bisu,

Lebih pedih bila tahu kau milik seseorang…

Aku tak mampu lakukan apa-apa…

Hatimu tak mungkin dapat kutakluki…

Aku sedar hati aku milikmu….

Tapi hatimu miliknya…

Jangan hantui hidupku lagi dengan

Bayanganmu…kerna hatiku luluh…

Jangan muncul dalam kotak ingatanku…

Walaupun hidupku bakal bergelap tanpa dirimu…

Tapi biarlah…

Daripada aku terus berendam air mata…

Sesuatu yang bukan milikku…

Takkan pernah jadi milikku…

Selamanya…

Maafkan aku kerana terlalu menyayangi insan

Sepertimu…

Maafkan aku kerana terlalu mengimpikan

Dirimu jadi milikku…

Moga kau bahagia bersamanya…

Selamanya…

~luv0505~

sem 1...........kenangan yang trindah....

our netball team~dunia scs~

letih giler but still leh posing lg.....smile....(",)

~ejat~oyin~avin~

makan time...huhuhu....

kat fakulti....santai abis....

beria tol....~zana~avin~ija~oyin~

oyin & ct

at waterfall kote tinggi

nak naik tangge...tsangkut lak kat cni....

aweks2 jelite utm skudai......


Persahabatan tidak terjalin secara drastik tetapi
memerlukan proses yang panjang seperti menajamkan besi,
demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya. Persahabatan
diwarnai dengan berbagai pengalaman suka dan duka, dihiburkan dan disakiti,
diperhatikan dan dikecewakan, didengar dandiabaikan, dibantu dan ditolak,
namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan
dengan tujuan kebencian.

Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan
untuk menghindari perselisihan, jesteru itu kereana kasihnya
ia memberanikan diri menegur apa adanya.

Sahabat tidak pernah membungkus pukulan dengan ciuman,
tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan
dengan tujuan sahabatnya mahu berubah.

Proses dari teman menjadi sahabat memerlukan usaha
pemeliharaan dari kesetiaan, tetapi bukan pada saat kita
memerlukan bantuan barulah kita memiliki motivasi
mencari perhatian, pertolongan dan pernyataaan kasih
dari orang lain, tetapi jesteru ia beriinisiatif memberikan
dan mewujudkan apa yang diperlukan oleh sahabatnya.

Kerinduannya adalah menjadi sebahagian dari kehidupan sahabatnya,
kerana tidak ada persahabatan yang diawali dengan sikap egoistis.
Semua orang pasti memerlukan sahabat sejati,
namun tidak semua orang berja mendapatkannya.
Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun
ada juga yang begitu kejamkerana dikhianati sahabatnya.

Beberapa hal seringkali menjadi pekhianat
persahabatan antara lain :

1. Ketidakterbukaan
2. Kehilangan kepercayaan
3. Perubahan perasaan antara jantina berlawanan
4. Ketidaksetiaan.
Tetapi pengkhianat persahabatan ini telah berhasil dihalang
oleh sahabat-sahabat yang setia terhadap persahabatan.

Renungkan :
Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri.Dalam masa kejayaan, teman2 mengenal kita. Dalam kesengsaraan, kita mengenal teman2 kita.

~oyin~ija~ct~zana~ejat~avin~ (",)friends 4ever

my bidata............

my sis...fira n nurul.................

my mom wit my sis........

my sis n my little brother......

my sis....nurul n fira.........


nama
ada orang panggil ct,liezan,ijan but the full name siti norlizan bt mat yusoff

family
aku merupakan anak pertama dari lapan org adik beradik....emak aku merupakan ibu tunggal dan arwah ayah aku telah meninggal dunia pada 14 november 2004 akibat penyakit kanser hati....smenjak itu aku merasekan aku perlu berjaya dari idup serta menjadi contoh yang tbaik kepada adik2 aku....

keturunen
darah jawa tak ada, zimbakwe bukan,bajau pun bukan..tp slalunya org akan ingat aku ni kturunan mamak wlupun xde pon dlm salahsilah kluarge aku yg berasal dr situ....n mengikut pada surat beranak mak aku....kturunannya adalah dr arab...n arwah bapa aku lak klantanese......entahlah yang penting saya anak malaysia...betul.betul.betul

history of birth
lahir kat umah je...kat endau,pas2 dok pon kat endau..pas2 dibesarkan pon di endau land..sekarang masih study lagi....di universiti teknologi malaysia(utm skudai)

background study
pas abih dip kerja jap..pas2 terus smbg degree kat utm...sekarang zman dh berubah.n lg 2sem aku akan mengakhiri zaman pmbelajaran...but klu de rezki ngidam gak nak smbg master...

misi & visi
misi>memperkuatkan mental dan fizikal untk menempuhi dunia yg penuh pancaloba ni......
visi>merealisasikan hasrat saya utk menjadi sorg yang berjayerr.....n membalas jase mak saya....sayang makk....mmmmuahhh...

falsafah diri
kena wat baik dgn org,benda baik dibls baik...jangan menghina dan menyisih anak yatim,,barang siapa dapat mengembirakan anak yatim...pintu syurga menunggunya

pesanan
hendaklah kamu berpesan-pesan antara kamu...dan datanglah pada suatu zaman nanti,perut mrka kenyang dgn mknan, tidur dgn nyenyak,bersuka dan gmbira tpi mrk lalai untuk mengingati-NYA